Saturday, January 9, 2010

SAHABAT : GURU BESAR DALAM INGATAN

En. Suhaimi Fauzi - Bersara pilihan 2009
Bekas GB SK. Seri Melor
Jawatan terakhir : Penyelia Pembangunan JPN. Kel

> Sentiasa ada idea yang bernas khasnya dalam
membantu peningkatan sekolah-sekolah QIT. Melor
> Selamat bersara dan bersama keluarga tercinta



En. Husin bin Sulaiman - Bersara pilihan 31. 12. 2009
Bekas GB SK. Kg. Chengal Kota Bharu.
Bekas Pengerusi QIT. Melor PPD.KB

Jasa tuan dalam membangunkan QIT. Melor
sentiasa dalam ingatan.

Semoga alam persaraan adalah lebih ceria dgn
program-program yang telah lama dalam cadangan.
Selamat melawat anak cucu yang jauh dan dekat.

Ada masa melawatlah sahabat di sekolah-sekolah QIT. Melor.

Bila hujan keluar pelangi > Nampak jauh berbatu- batu
Jasa tuan tetap dikenangi > QIT Melor QIT nombor satu



Jakarta MGBKB2


Tn. Hj Rohim Said - Bersara 11.09.2006

Bekas GB SK Dewan Beta, Kota Bharu.

> Orangnya rendah tapi ilmunya tinggi
> Mudah mesra dengan sesiapa saja, ikhlas dalam persabatan
> Kadangkala 'kelakar logik'

> Al-Fatihah untuk arwah ayahanda tercinta

Salam Ingatan dari :
GB serta seluruh warga SK Padang Mokan - 11 Jan 2010

Bekas Pengerusi QIT Melor

Tn. Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mahmood - Medan MGBKB2
Tanjung Balai MGBKB2

Puncak MGBKB2
Allahyarham Tn. Hj Ghazali Bekas GB Kota
Bes Kayu, Tanjung Balai
Ore come
Jakarta MGBKB2

Wednesday, January 6, 2010

TAHNIAH UPSR 2009

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua guru khasnya
guru Tahun 6 yang telah menghasilkan pelajar cemerlang UPSR
2009 seramai 21 orang.
Telah berjaya mengatasi rekod pencapaian UPSR 2005 (20 org)

Tahniah kepada semua pelajar 5A, 4A, 3A dan seterusnya. Teruskan
usaha adik. Ini adalah permulaan dan banyak lagi kejayaan yang
harus kita capai semasa di sekolah menengah nanti
Selamat belajar... Janjikan yang cemerlang untuk keluarga tersayang !

Ketekunan, keberkatan dan hasilnya dapat sama-sama kita
kecapi bersama.

Alhamdulillalah
Teruskan usaha untuk kecemerlangan 2010

Saturday, January 2, 2010

Assalamualaikum dan selamat kembali bertugas kepada
semua staf, selamat kembali belajar kepada semua pelajar.
Tahun 2010 adalah tahun yang mencabar kepada kita semua,
tahun 2009 yang berlalu dengan seribu kenangan dan kejayaan
mudah-mudahan menjadi TOV kepada kerja buat kita untuk
terus hebat di tahun 2010 ini.
Yakinlah, kita semua hebat
Kita boleh realisasikan semua cita-cita kita jika kita sama-sama
berganding bahu dan kerja bersunguh-sungguh.
Percayalah, tiada yang mustahil.

Selamat Bertugas ... Janji Yang Cemerlang

Guru Besar, 1 Januari 2010


PERSEKOLAHAN 2010

AHAD 3 JANUARI 2010

PERSEKOLAHAN TAHUN BARU 2010 TELAH BERMULA HARI INI.

Persiapan menghadapi sesi persekolahan 2010 telah
bermula seawal bulan Disember 2009 lagi. Gerakan
melibatkan semua PK, guru, kakitangan sokongan dan
juga pekerja.
Alhamdulillah, semuanya sempurna.
Tiada masalah dan dijangkakan "P&P Hari Pertama"
dapat dilaksanakan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi
sokongan di atas persediaan ini : JPN Kel, PPD.KB,
PTPN Kel, semua staf serta PIBG.